Jenis Kepimpinan
Terdapat 4 jenis kepimpinan yang utama iaitu;
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan Demokrasi
Kepimpinan Laissez-Faire
Kepimpinan Kontingensi
“A boss has the title, a leader has the people." -Simon Sinek
Kepimpinan Autokratik
Seseorang pemimpin yang autokratik adalah seseorang yang mementingkan pelaksanaan tugas dan memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.
Kepimpinan Demokrasi
Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangan untuk melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
Kepimpinan Laissez-Faire
Kepimpinan ini adalah kepimpinan yang banyak memberikan kebebasan. Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya dan biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin seperti ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
Kepimpinan Kontingensi
Kepimpinan ini telah diperkenalkan oleh Frederick E. Fiedler yang dikenali sebagai Contingency Theories of Leadership, Teori Kepimpinan Kontigensi. Kepimpinan ini disebut sebagai teori kerana ianya merupakan kepimpinan yang bergantung kepada situasi. Contoh kepimpinan seperti ini boleh dilihat apabila guru besar/pengetua menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan dalam sesuatu situasi.
Comments